Isi Kandungan
- Bila Mula Rasa "Tak Kena": Kenapa Ambil Keputusan Untuk Jumpa Doktor
- Keputusan Gynae Scan Selepas Jumpa Doktor
- Kenapa Kena Tahan Ward Sampai Tiga Kali? Ini Ceritanya
- Soalan-Soalan Yang Doktor Tanya Sebelum Operation
- Hari Operation: Perasaan Sebelum Masuk Bilik Bedah
- Pengalaman Laparoskopi: Bila Sedar, Tiga Titik Di Perut
- Proses Pemulihan: Untuk Cepat Sembuh, Apa Yang Saya Buat
- Apa Yang Dapat Belajar & Pesan Untuk Orang Lain
- Kesimpulan: Terima Kasih Doktor Dan Nurse
Bila Mula Rasa "Tak Kena": Kenapa Ambil Keputusan Untuk Jumpa Doktor
Keputusan Gynae Scan Selepas Jumpa Doktor
Kenapa Kena Tahan Ward Sampai Tiga Kali? Ini Ceritanya
Kali Pertama: Masuk Wad Tapi Tak Jadi Operate
![]() |
Masa ni dekat hospital baru first time nak jumpa doktor. Kena pasang branula sebab doktor cakap nampak pucat. Lepas pasang, tak jadi, cabut balik hari sama. |
Kali Kedua: Harapan Tinggi, Tapi Tertangguh Lagi
![]() |
Tahan wad kali kedua kena pasang branula . Menu dari hospital |
Kali Ketiga: Akhirnya Tiba Hari Yang Dinanti
![]() |
Suasana selepas operation laparoskopi. Tak larat langsung nak bangun. Branula kena pasang kedua belah lengan |
Soalan-Soalan Yang Doktor Tanya Sebelum Operation
- Senggugut biasanya macam mana? Setiap bulan ke atau sesekali?
- Ada rasa sakit masa bersama suami tak?
- Period teratur ke tak ?
- Berapa skala skor kesakitan tu 1 - 10?
- Ada masalah kencing atau buang air besar?
- Ada sejarah keluarga yang pernah ada cyst atau kanser ovari?
- Pernah hamil atau merancang untuk hamil?
Mula-mula agak kekok, tapi sebenarnya penting untuk jawab dengan jujur supaya doktor boleh buat keputusan terbaik.
Kalau belum kahwin pun, doktor akan sesuaikan soalan ikut keadaan. Jadi tak perlu risau.
Doktor bius yang datang pun ada tanya soalan jugak. Doktor bius cakap sis akan kena bius penuh, maksudnya memang tak akan sedarkan diri langsung selepas diberi ubat bius.
- Allergik ubat apa-apa tak?
- Ada pernah kena bius sebelum ni?
- Ada masalah jantung atau paru-paru?
- Berat badan & tinggi terkini?
- Ada pakai gigi palsu ke ? Ini pun penting sebab tiub akan dimasukkan ke dalam mulut dan ke salur pernafasan (trakea) untuk bantu kita bernafas semasa dalam keadaan tak sedarkan diri. Kalau ada gigi palsu tu kena buang sebelum operation.
Hari Operation: Perasaan Sebelum Masuk Bilik Bedah
- Tekak perit atau kering
- Suara serak sikit
- Rasa sakit tekak ringan (normal dan akan hilang dalam 1–2 hari)
Pengalaman Laparoskopi: Bila Sedar, Tiga Titik Di Perut
Lepas operation sampai masuk wad, sis tak tengok apa pun dekat perut. Semasa kat bilik pemulihan tu bila buka mata, pandangan masih kabur sebab dengar misi panggil je.
Waktu tu barulah sis betul-betul sedar, "Ya Allah, operation dah selesai."
Kepala rasa ringan, macam baru lepas tidur yang sangat dalam. Semasa di dalam wad tu lah tangan perlahan-lahan sentuh kawasan perut macam ada tampalan plaster.
Malam dalam pukul 11 malam doktor ada datang pantau, bila doktor buka baru nampak tampalan plaster besar tutup perut.
Doktor tanya "Ada rasa pening ke nak muntah ke ?" Sis geleng kepala sebab dalam keadaan baring kot jadi tak rasa pening.
Doktor bagi tahu semasa operation baru tahu disangkakan cyst dermoid tapi rupanya cyst endometriosis.
Sebenarnya kepala masih terasa pening kalau nak bangun nasib baik ada bantuan misi bila dia bantu sis semasa nak makan ubat nak bangun tu ya Allah sakit satu, kepala terus pening.
Keesokan pagi, baru doktor datang buang plaster baru lah sis nampak ada 3 titik kena tebuk.
Tak ada potongan besar, tak ada kesan luka panjang macam yang sis bayangkan sebelum ni.
Ramai orang mungkin tak pernah dengar pun perkataan laparoskopi ni, termasuklah sis sendiri masa mula-mula doktor cakap kena buat prosedur ni.
Bila dengar “operation buang cyst”, dalam kepala terus bayang luka besar kat perut, macam pembedahan bersalin caesarean tu.
Tapi sebenarnya, laparoskopi ni ialah sejenis pembedahan ‘lubang kecil’, yang doktor buat guna kamera halus dan alat khas.
Doktor cuma tebuk tiga lubang kecil kat bahagian perut satu untuk masuk kamera, dua lagi untuk alat pembedahan. Semua dikawal dari luar, tengok guna skrin.
Yang bestnya, sebab saiz luka sangat kecil, proses pemulihan pun lebih cepat, kurang sakit, dan parut pun tak ketara sangat.
Tapi, walaupun nampak “ringan”, ia tetap pembedahan jadi badan tetap perlukan masa untuk pulih.
Proses Pemulihan: Untuk Cepat Sembuh, Apa Yang Saya Buat
Tips Jaga Luka Supaya Cepat Baik
Salah satu benda paling nak kena jaga adalah kebersihan luka. Doktor tak bagi apa - apa krim pun, buat bekal ubat makan je lepas keluar hospital.
Cuma kena pastikan lepas mandi kena lap dengan tisu bagi kering kawasan luka tu jangan lembap.
Kalau batuk atau bersin, sis peluk bantal kecil ke perut kurangkan rasa tarik di kawasan luka. Ikutkan dalam tempoh seminggu pertama nak tunduk pun rasa sakit.
Cabaran Waktu Tidur
Bahagian ni pun ramai orang tak sedar tidur pun kena jaga posisi. Memang tak tidur mengiring. CUma masa tidur letak bantal peluk kat bahagian perut bagi rasa lebih selesa dan tak terkejut kalau tiba-tiba tergerak.
Risau tengah tidur kalau batuk atau bersin masa tidur.
Apa Saya Pegang Sepanjang Pemulihan
Yang penting, tak paksa diri buat kerja berat, walaupun rasa badan dah okay sikit. Perlahan-lahan bangun, perlahan-lahan berjalan.
Fokus betul-betul pada makan makanan berkhasiat, minum air cukup, dan rehat secukupnya.
![]() |
Menu dari hospital ni sedap - sedap jugak |
Alhamdulillah, masuk minggu kedua, badan dah mula rasa lebih kuat. Luka pun makin kering dalam minggu ke 3. Ambil masa la jugak untuk luka tu betul - betul kering.
Apa Yang Dapat Belajar & Pesan Untuk Orang Lain
Pengalaman buang cyst ni memang betul-betul ajar untuk hargai kesihatan diri. Dulu, kalau datang senggugut teruk, period tak teratur, anggap benda tu biasa je.
Padahal semua tu cara badan bagi hint ada sesuatu yang tak kena.
Satu lagi belajar untuk redha dan sabar tu memang senjata kuat. Kena tahan ward sampai 3 kali memang bukan benda mudah.
Tapi bila belajar redha, hati jadi lebih tenang. Allah susun semuanya cantik pada masa yang Dia tahu paling sesuai.
Bila sakit macam ni, sokongan orang sekeliling memang tak ternilai. Keluarga yang sudi bagi kata-kata semangat semuanya bagi kekuatan untuk cepat sembuh.
Sis doakan kalau ada yang lalui situasi macam ni, semoga Allah datangkan orang yang baik-baik di sisi.
Kalau ada satu benda yang nak pesan untuk orang lain jangan tunggu sampai teruk baru nak check kesihatan. Badan ni amanah, kena jaga betul-betul.
Kalau ada tanda-tanda pelik, cepat-cepat buat pemeriksaan. Jangan takut jumpa doktor, jangan percaya mitos-mitos pelik yang tak ada bukti.
![]() |
Suasana di klinik gynae sebab nak jumpa doktor setelah 6 bulan operation buang cyst. Berdebar jugak nak tahu sama ada result cyst yang ada dalam badan ni kanser atau tidak. |
Kalau cyst dibiarkan lama-lama, dia boleh makin membesar sampai menempel rapat dengan ovari. Waktu tu, kadang-kadang doktor tak ada pilihan lain terpaksa buang ovari sekali.
Memang menakutkan kalau fikir, tapi itulah pentingnya kita kena ambil tahu & periksa dari awal.
Paling penting, doa dan jaga mental supaya kita tak cepat stres.
Akhir sekali harap pengalaman ni boleh buka mata orang lain. Kalau rasa ada masalah sama, jangan pendam. Cari jalan, cari rawatan, dan jangan lupa jaga hati.
Sakit ni salah satu cara Allah nak kita lebih dekat dengan Dia. Sis doakan siapa pun yang baca perkongsian ni, semoga Allah mudahkan urusan, kuatkan hati dan bagi kesembuhan sebaik-baiknya.
Kesimpulan: Terima Kasih Doktor Dan Nurse
Akhir kata, sis nak ucapkan jutaan terima kasih kepada doktor yang bertugas dan semua nurse yang jaga dari mula masuk wad sampai lah balik rumah.Sekali lagi, semoga perkongsian ini dapat buka mata orang lain untuk lebih peka dengan kesihatan sendiri.
Post a Comment